Selasa, 22 November 2011

Ekspo Buku Islam- KL Sentral 26 Oktober 2011.
Di tempat inilah Szalies setia menemui para pembaca yang hadir ke ekspo buku islam. Memang ramai yang datang tambahan pula hari itu cuti umum sempena Deepavali, jadi dapatlah bertemu dengan rakan pembaca yang datang.

Sepetang Bersama Penulis, Pembaca & Keluarga Jemari Seni 19 Nov 2011

Seronok sekali dapat berjumpa dengan rakan-rakan pembaca dan penulis. Terima kasih Jemari seni kerana 'mengilhamkan' perjumpaan yang sangat bermakna. Sesungguhnya rakan-rakan pembaca sekalianlah yang menyebabkan kami sebagai penulis ada di tempat seperti ini. Terima kasih tidak terhingga sekali lagi..

Walaupun pada petang itu hujan turun mencurah-curah, namun ia tidak sedikitpun mematahkan semangat kita semua untuk berkenal mesra. Anda semua memang terbaik. Dalam gambar; Szalies bersama Iqbal Syarie, Pingu Toha dan Khairyn Othman